Isnin, 2 Julai 2018

PERNIAGAAN BUNDLE DI TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT.


Alhamdulillah, sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya tapak gerai Taman Warisan telah ada penyewa yang baru. Penyewa tersebut berniaga barang-barang bundle.  Sesiapa yang berhajat dipersilakan berkunjung ke gerai tersebut.






Ahad, 1 Julai 2018

MALAM KELIMA (30 JUN 2018) : MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM MARHABAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1439H/2018M, TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT.











Alhamdulillah, marilah kita bersama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua Program Marhaban dan Majlis Penutup Marhaban Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1439H/2018M yang dirancang berjalan dengan jayanya. 

Kunjungan Marhaban dari rumah ke rumah, yang mana acara kemuncaknya pada hari Sabtu  (malam Ahad) 30 Jun 2018 di Jalan Warisan 4, Taman Warisan. Pada malam kelima   ini sebanyak 4  buah rumah lagi telah dapat dikunjungi di Jalan Warisan  4, termasuk rumah En. Saadon. Tahun ini Majlis Penutupan Program Marhaban Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1439H/2018M. diserikan dengan diadakan jamuan khas yang dinamakan Majliis Jamuan Perdana Tautan Ukhuwah Aidilfitri Tahun 1439H/2018M.

Program ini bertujuan untuk menyuburkan rasa cinta dan kasih sayang di kalangan kariah Taman Warisan dan menzahirkan syiar Islam, di samping menguatkan semangat perpaduan dan silaturrahim sesama warga Taman Warisan Perserai, Batu Pahat, Johor.

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada warga Taman Warisan kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis tersebut. 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang, samada sumbangan berbentuk wang ringgit mahupun peralatan dan barang keperluan. Kutipan Tabung Marhaban Sambutan Aidil Fitri Pertubuhan Penduduk Taman Warisan bagi tahun 1439H/2018M berjumlah  RM 1112.00

Sekalung tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan Program Marhaban dan Majlis Penutupan Marhaban Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat, Johor.

Agenda Majlis Penutup Marhaban PPTW  & Majliis Jamuan Perdana Tautan Ukhuwah Aidilfitri Tahun 1439H/2018M.

10.30 Malam :
  • Jamuan Hari Raya
  • Ucapan Aluan Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan
  • Pengisytiharan Kutipan Tabung Marhaban 1439H/2018M
  • Cabutan Nama Bertuah 
  • Bacaan Doa oleh Tn. Hj. Mazlan bin Saman (Tuan Imam Masjid Jamek Ar-Raudhah Peserai, Batu Pahat)
  • Bersurai 



Warga PPTW yang bertuah  dalam acara : Cabutan Nama Bertuah