Khamis, 1 Februari 2018

MESYUARAT AJK PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN PESERAI BATU PAHAT JOHOR KALI KE-2 SESI 2017-2019.

Dengan penuh kesyukuran kehadrat Allah S.W.T, sukacitanya dimaklumkan  Mesyuarat AJK  Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat Johor Kali Ke-2 Sesi 2017-2019, akan diadakan seperti ketentuan  berikut :

 TARIKH   :   05 FEBRUARI 2018 (ISNIN)
 MASA     :   9.30 MALAM
TEMPAT  :   NO. 2 JALAN WARISAN 2, TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT. 
                   (RUMAH EN. MOHD DAUD BIN SALLEH PENGERUSI PPTW)
                                
Semua AJK diminta hadir dan  semoga mesyuarat tersebut berjalan lancar.


Sekian. Terima kasih.

Rabu, 10 Januari 2018

YURAN PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN TAHUN 2018



Saya menarik perhatian tuan/puan berhubung dengan Yuran Tahunan  Pertubuhan Penduduk Taman Warisan tahun 2018. Untuk makluman tuan/puan semua bahwa yuran tahunan tersebut sebanyak Rm 60.00. Ahli Pertubuhan  Penduduk Taman Warisan yang belum menjelaskan bolehlah  menjelaskan yuran tersebut kepada Bendahari Pertubuhan Penduduk Taman Warisan En. Muhamad bin Misman (No. 3, Jalan Warisan 6).

Semoga dalam makluman dan tindakan pihak tuan/puan. Tahniah dan jutaan terima kasih kepada tuan/puan yang telah menyempurnakannya.

Sekiranya ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan boleh berhubung dengan Pengerusi, Bendahari atau Setiausaha Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat  untuk penjelasan. Pertanyaan juga boleh dibuat melalui email : tamanwarisanbatupahat@yahoo.com

Terima kasih.

- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor

Isnin, 1 Januari 2018

SALAM TAHUN BARU 2018


Assalamu'alaikum Wr. Wb. dan Salam Sejahtera.
Apa azam anda menjelang tahun 2018?

Setiap kali apabila menjelang tahun baru ramai yang akan menanam azam. Masing-masing berhasrat ingin mencapai perubahan positif dalam hidup. Memang semangat inilah yang diperlukan dalam diri setiap individu. Tetapi harus diingat bahawa tahun tidak mampu merubah apa-apa dalam kehidupan kita. Sebenarnya tahun ini dan tahun akan datang adalah sama sahaja. Apa yang membezakannya hanyalah angka. Sebagai contoh daripada tahun 2016 ke tahun 2018, ini adalah angka berubah. Perlu kita ingat angka tidak mampu merubah apa-apa dalam hidup kita. Apa yang mampu merubah kita ialah minda kita. Oleh itu untuk memastikan segala azam kita tercapai lakukan perubahan minda. Nasib kita ditentukan oleh potensi minda kita sendiri. Jika kita ingin tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan, ianya bergantung kepada apa yang sedang minda fikirkan sekarang. Oleh itu menjelang tahun baru ini revolusi potensi minda amat penting untuk ke arah mengarap kejayaan. “Whatever you’re thinking and feeling today is creating your future”.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Barang siapa yang hari ini lebih buruk darpada hari semalam maka tiadalah kebaikan padanya …..”
Untuk mencapai azam, kita perlulah fokus terhadap apa yang diazamkan agar matlamat akan tercapai. Dan berdoalah pada Allah. Jika kita yakin dan ikhlas insyaAllah, Allah akan makbulkan doa kita.

Masa lalu adalah kenangan
Masa kini adalah kenyataan
Masa depan adalah harapan 
Ingatlah...... "WAKTU seperti sungai, kita tidak boleh menyentuh air yang sama untuk kedua kalinya, kerana air yang telah mengalir akan terus berlalu dan tidak akan pernah KEMBALI".

Selamat Menyambut Tahun Baru 2018!.

Ahad, 8 Oktober 2017

SELAMAT MENGHADAPI PT3 2017



AJK PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN MENGUCAPKAN 
SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN PT3 2017
(9 OKTOBER  2017 - 12 OKTOBER 2017)
KEPADA SEMUA CALON UPSR 2017, KHUSUSNYA ANAK-ANAK
WARGA TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT. SEMOGA DIPERMUDAHKAN OLEH ALLAH DAN MERAIH KECEMERLANGAN.

Khamis, 21 September 2017

SALAM MAAL HIJRAH 1439H


Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat, Johor  mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1439H yang akan disambut pada 22 September 2017 (Jumaat)  ini kepada semua umat Islam, khususnya semua warga Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat.  Semoga dengan kehadiran tahun baru ini bersamalah kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T., banyakan beribadah dan mengerjakan perkara kebaikan.
  
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 218)

Ahad, 10 September 2017

SELAMAT MENGHADAPI UPSR 2017


AJK PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN MENGUCAPKAN 
SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN UPSR 2017
(11 SEPTEMBER 2017 - 14 SEPTEMBER 2017)
KEPADA SEMUA CALON UPSR 2017, KHUSUSNYA ANAK-ANAK
WARGA TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT. SEMOGA DIPERMUDAHKAN OLEH ALLAH DAN MERAIH KECEMERLANGAN.