Assalamu'alaikum Wr. Wb.
Saya dimaklumkan oleh Setiausaha dan Biro AJK Keselamatan bahawa telah berlaku kejadian 'Pecah Rumah dan Kecurian'  pada hari Khamis (Malam Jumaat) 29 Mac 2012 yang lepas di rumah Tuan Imam Jalan Warisan 4, sebelum ini berlaku di Jalan Warisan 7.  Kejadian 'Pecah Rumah dan Kecurian' ini perlu diambil perhatian yang serius. Oleh itu diminta warga taman  sentiasa berwaspada dan mengawasi keadaan sekeliling dan jika ada aktiviti yang disyaki  mencurigakan silalah laporkan kepada pihak berkuasa. Pihak berkuasa tidak  akan mengambil apa - apa tindakan terhadap pelapor walaupun setelah disiasat  tiada apa yang mencurigakan, selagi niat kita melaporkan hanya untuk  melindungi diri dan warga taman amnya.
Kepada tuan/puan mangsa yang  terlibat, pihak AJK empati dan simpati dan  diharapkan dapat bersabar atas dugaan-Nya ini. Jika ada info yang hendak  dikongsi bersama atau bantuan yang diperlukan bolehlah dimaklumkan kepada AJK Pertubuhan Penduduk Taman Warisan. 
Pihak AJK melalui Biro Keselamatan telah memajukan surat permohonan kepada Ketua Polis Daerah supaya dibuat pemantuan dan rondaan di dalam kawasan Taman Warisan ini. 
Mohon kerjasama kepada semua ahli supaya lebih berwaspada dan ingat mengingatkan sesama ahli.
  
-Pengerusi (Biro Keselamatan),
Pertubuhan Penduduk Taman Warisan.  


Tiada ulasan:
Catat Ulasan