Warga Taman Warisan sekalian,
Berlaku kejadian 'Pecah Rumah dan Kecurian'  pada
 hari Sabtu (awal petang) 7 Julai  2012 di rumah En. Saihuddin Salman dan Pn. Rosnah Hassan, No. 2, Jalan Warisan 5,   Kejadian 
'Pecah Rumah dan Kecurian' ini perlu diambil perhatian yang serius. Oleh
 itu diminta warga Taman  Warisan sentiasa berwaspada dan mengawasi keadaan 
sekeliling dan jika ada aktiviti yang disyaki  mencurigakan silalah 
laporkan kepada pihak berkuasa. Pihak berkuasa tidak  akan mengambil apa
 - apa tindakan terhadap pelapor walaupun setelah disiasat  tiada apa 
yang mencurigakan, selagi niat kita melaporkan hanya untuk  melindungi 
diri dan warga taman amnya.
Kepada
 tuan/puan mangsa yang  terlibat, pihak AJK empati dan simpati dan  
diharapkan dapat bersabar atas dugaan-Nya ini. Jika ada info yang hendak
  dikongsi bersama atau bantuan yang diperlukan bolehlah dimaklumkan 
kepada AJK Pertubuhan Penduduk Taman Warisan. 
Pihak
 AJK melalui Biro Keselamatan telah memohon kerjasama pihak Ketua Polis Daerah supaya dibuat pemantuan dan rondaan di dalam kawasan 
Taman Warisan ini. 
Mohon kerjasama kepada semua ahli supaya lebih berwaspada dan ingat mengingatkan sesama ahli.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan