Selasa, 14 Ogos 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1433H/2012M





InsyaAllah kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1433H/2012M  pada 19 Ogos 2012 (Ahad). Sehubungan dengan itu Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H/ 2012M dan Maaf Zahir Batin kepada semua penduduk Taman Warisan.

Kepada penduduk yang akan balik kampung untuk berhari raya bersama keluarga dinasihatkan supaya berhati-hati di jalanraya. Patuhi undang-undang lalu lintas, supaya  selamat. Kami semua mendoakan keselamatan anda semua semoga selamat pulang dan selamat kembali.


Kami juga mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sepanjang kami melaksanakan tugas mentadbir PPTW ini mungkin ada silap dan salah. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna dan tidak lekang daripada melakukan kesilapan.Teguran yang berhemah sentiasa kami alukan untuk kebaikan bersama. InsyaAllah program Marhaban sambutan  Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini akan diadakan seperti ketentuan berikut :


JADUAL MARHABAN HARI RAYA AIDIL FITRI 1433H/2012M PPTW

MASA
HARI/ TARIKH
RUMAH KUNJUNGAN
BILANGAN RUMAH
LOKASI JAMUAN AKHIR MARHABAN
CATATAN
SELEPAS SOLAT ISYAK
27.08.2012
(ISNIN)
JLN WARISAN   1 & 2
14
JLN WARISAN  2
Termasuk rumah Tn. Hj Ariff, En. Azman & En. Saadon
28.08.2012
(SELASA)
JLN WARISAN  3  & 4
14
JLN WARISAN  3
Termasuk rumah En. Shamsudin
29.08.2012
(RABU)
JLN WARISAN  5  & 7
14
JLN WARISAN  7

31.08.2012
JUMAAT)
JLN WARISAN  6
09
JLN WARISAN  6
Termasuk rumah En. Mohd Azam
& Majlis penutupan Marhaban


Majlis Marhaban ini terbuka kepada semua penduduk Taman Warisan.  Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian kepada penduduk. 

  
 - Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan