Pada 2 November 2012 (Jumaat), di antara jam 12.30 tengahari hingga
 jam 1.30 petang berlaku satu lagi kejadian pecah rumah pada waktu 
tengahari  di rumah No. 01, Jalan Warisan 6, Taman Warisan.  Rumah kepunyaan En. Samad Yousof dan Pn. Maizatul Zana Jaapar. Pada masa 
kejadian penghuni tiada di rumah. 
Rumah berkenaan telah dipecah masuk dan sejumlah wang serta barangan didapati hilang. Pintu dapur telah dipecahkan. Modus operandi dipercayai untuk mendapatkan wang atau barang kemas dalam masa yang singkat semasa ketiadaan tuan rumah. Kejadian berkenaan telah dilaporkan kepada Balai Polis Batu Pahat.
Penduduk Taman Warisan diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan kejadian yang berlaku. Sila perhatikan keadaan sekeliling rumah sekiranya terdapat motosikal, kenderaan atau orang yang tidak dikenali berlegar-legar di kawasan rumah atau jiran berdekatan segera laporkan kepada pihak POLIS sekiranya didapati sesuatu kejadian yang mencurigakan. Pihak berkuasa tidak akan mengambil apa - apa tindakan terhadap pelapor walaupun setelah disiasat tiada apa yang mencurigakan, selagi niat kita melaporkan hanya untuk melindungi diri dan warga taman amnya.

Kepada
 tuan/puan mangsa yang  terlibat, pihak AJK empati dan simpati dan  
diharapkan dapat bersabar atas dugaan-Nya ini. Jika ada info yang hendak
  dikongsi bersama atau bantuan yang diperlukan bolehlah dimaklumkan 
kepada AJK Pertubuhan Penduduk Taman Warisan. 
Mohon kerjasama kepada semua ahli supaya lebih berwaspada dan ingat mengingatkan sesama ahli.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan