Isnin, 14 Januari 2013

MAJLIS PERKAHWINAN ANAK KETUA BIRO KEBAJIKAN PPTW


Ketua Biro Kebajikan  PPTW ( En. Mustafa bin Ismail)   telah mengadakan Majlis Perkahwinan Puteri beliau pada butiran berikut:

Tarikh :  13 Januari 2013 (Ahad)
Tempat : No. 9, Jalan Warisan 3, Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat, Johor.
Masa : 11.00 pagi hingga 5.00 petang
Alhamdulillah ramai tetamu jemputan beliau hadir ke majlis berkenaan. Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat  mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan mendoakan semoga perkahwinan puteri beliau mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah S.W.T. dan bahagia sehingga ke akhir hayat.

Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Perserai, Batu Pahat telah menjalankan aktiviti "Rewang Kendarat" di majlis walimatul urus puteri pasangan En. Mustafa bin Ismail dan Pn. Rusidah binti Hashim ini,
 

Alhamdulillah penduduk yang hadir telah bergotong-royong dengan semangat kerjasama yang tinggi. Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua yang hadir membantu semasa gotong-royong "Rewang Kendarat" berkenaan. Semoga semangat ini berterusan demi kesejahteraan, keharmonian, keindahan dan kekuatan ukhwah penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat.
 
- Pengerusi PPTW

Tiada ulasan:

Catat Ulasan