Jumaat, 8 Mac 2013

MESYUARAT AGUNG PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN KALI KE-4 TAHUN 2013




Assalamu'alaikum Wr. Wb.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat, Johor, kali ke-4 akan diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 17 Mac 2013 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi.
Tempat : Jln. Warisan 3, Taman Warisan, Peserai, 83000 Batu Pahat.
Perasmi : YB Datuk Ariss bin Samsudin, 

                Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah.
 

Semua ahli Pertubuhan Penduduk Taman Warisan dipersilakan hadir ke Mesyuarat Agung tersebut. Sehubungan dengan itu, Tuan/Puan juga diminta mengemukakan sebarang usul atau cadangan yang membina demi menjana kemajuan pertubuhnan ini untuk dibahaskan dalam Mesyurat Agung tersebut (Borang Usul/Cadangan  telah diedarkan bersama Notis Mesyuarat Agung PPTW Kali Ke-4 Tahun 2013). 

Semoga kehadiran tuan/puan akan menyemarakkan lagi permuafakatan di antara penduduk dan ke arah kesejahteraan taman kita, disamping memperkukuhkan peranan pertubuhan  penduduk dalam pembentukan keharmonian penduduk.


Agenda majlis seperti berikut : 

8.30 pagi           :     Pendaftaran
9.00 pagi           :     Mesyuarat Agung Pertubuhan Penduduk Taman Warisan Kali Ke-4
11.00 pagi         :     Penutupan Rasmi - Oleh YB Datu Ariss bin Samsudin, ADUN Semerah.
11.30 pagi         :     Jamuan & Bersurai 
                              
Sekian, terima kasih.

Catatan :     Borang Usul/Cadangan hendaklah dikembalikan kepada pihak Pengerusi /       

                  Setiausaha PPTW sebelum atau pada 11 Mac 2013

1 ulasan:

  1. HARAP DAPAT datang undi..... tok ketua rasanya nak lagi jawatan tu utk satu penggal lagi..hehe

    BalasPadam