Khamis, 3 Julai 2014

TUT POKOK



Cara untuk Tut Pokok ( Air Layering or Marcotting )
Pokok bunga jenis berkayu seperti kenanga dan cempaka serta pokok 
buah-buahan seperti limau, dokong dan jambu boleh dibiakkan dengan 
kaedah tut pada dahan matang pokok tersebut.

Di sini ditunjukkan cara-cara untuk Tut pokok bunga kenanga ( Canangium odorata atau Ylang-ylang ).


Sediakan satu gumpalan tanah kebun yang dilembabkan dengan air,

 satu keping plastik untuk membungkus dan dua utas tali rafia untuk mengikat.


Pilih dahan yang telah matang yang sesuai untuk ditut.


Buat dua gelangan pada dahan tersebut menggunakan pisau yang tajam

dan bersih. Pastikan anda tidak membuat gelangan pada bahagian dahan 
yang mempunyai tunas. Buang kulit dahan di antara gelangan tadi. 
Kikis perlahan-lahan permukaan kayu di antara gelangan tadi untuk membuang 
sisa-sisa kulit dahan. Biarkan beberapa minit untuk mengeringkan permukaan kayu tadi.


Letakkan gumpalan tanah yang lembab pada dahan yang telah 

dibuang kulit luarnya dan bungkus tanah tadi mengelilinginya. 
Saiz gumpalan tanah  bergantung kepada saiz dahan pokok. Balut plastik pembungkus pada dahan pokok dan ikat bahagian atas dan bawah gumpalan tanah tadi dengan tali rafia.


Gambar menunjukkan dahan pokok bunga kenanga yang sudah siap ditut.


 Akar akan tumbuh dalam gumpalan tanah dalam masa 2-3 minggu atau

 1-3 bulan bergantung kepada jenis pokok dan saiz pokok. Akar boleh dilihat
atau dirasa dengan jari pada bungkusan plastik. Pastikan akar sudah banyak
dan matang ( warna keperangan ) sebelum anda memotong anak 
pokok dari dahan pokok induk.

Anak pokok dipindahkan ke dalam polibeg dan letakkan ditempat teduh 

selama dua minggu. Buang daun-daun yang matang dan tua untuk 
membantu pokok memulakan pertumbuhan dengan akar yang baru. 
Pertumbuhan anak pokok yang baik boleh dilihat dengan penghasilan
 pucuk-pucuk yang baru. Selamat Mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan