Jumaat, 8 April 2016
MESYUARAT AGUNG PPTW PESERAI BATU PAHAT KALI KE-7 TAHUN 2016
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat, Johor, kali ke-7 akan diadakan pada ketetapan berikut :-
Tarikh : 23 April 2016 (Sabtu)
Masa : 9.00 petang.
Tempat : Jln. Warisan 4, Taman Warisan, Peserai, 83000 Batu Pahat.
Perasmi : Yang Berhormat En. Ismail bin Roslan,
ADUN Semerah.
Semua ahli Pertubuhan Penduduk Taman Warisan dipersilakan hadir ke Mesyuarat Agung tersebut. Sehubungan dengan itu, Tuan/Puan juga diminta mengemukakan sebarang usul atau cadangan yang membina demi menjana kemajuan pertubuhnan ini untuk dibahaskan dalam Mesyurat Agung tersebut (Borang Usul/Cadangan telah diedarkan bersama Notis Mesyuarat Agung PPTW Kali Ke-7 Tahun 2016).
Semoga kehadiran tuan/puan akan menyemarakkan lagi permuafakatan di antara penduduk dan ke arah kesejahteraan taman kita, disamping memperkukuhkan peranan pertubuhan penduduk dalam pembentukan keharmonian penduduk.
Agenda majlis seperti berikut :
8.30 pagi : Pendaftaran
9.00 pagi : Mesyuarat Agung Pertubuhan Penduduk Taman Warisan Kali Ke-7.
11.00 pagi : Acara Penutupan Rasmi :
- Ucapan Aluan Pengerusi PPTW
- Ucapan Penutupan Rasmi oleh
Yang Berhormat En.Ismail bin Roslan, ADUN Semerah
- Penyampaian Cenderamata :
- Hadiah Pelajar Cemerlang
- Cenderamata Perasmi
: - Jamuan & Bersurai
Sekian, terima kasih.
Catatan : 1. Borang Usul/Cadangan hendaklah dikembalikan kepada pihak Pengerusi / Setiausaha PPTW sebelum atau pada 15 April 2016.
2. Tiada pemilihan AJK dalam Mesyuarat Agung PPTW Kali Ke-7.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan