Khamis, 14 Jun 2018

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 1439H/2018M

In sya Allah kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1439H/2018M  pada 
15 Jun 2018 (Jumaat). Sehubungan dengan itu Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439H/ 2018M dan Maaf Zahir Batin kepada semua warga Taman Warisan.

Kepada penduduk yang akan balik kampung untuk berhari raya bersama keluarga dinasihatkan supaya berhati-hati di jalanraya. Patuhi undang-undang lalu lintas, supaya  selamat. Kami semua mendoakan keselamatan anda semua semoga selamat pulang dan selamat kembali. 
 Jangan lupa sertai kempen Pencegahan Jenayah Sempena Cuti Perayaan : "Maklum Polis - Rumah Selamat".
Kami juga mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sepanjang kami melaksanakan tugas mentadbir PPTW ini mungkin ada silap dan salah. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna dan tidak lekang daripada melakukan kesilapan.Teguran yang berhemah sentiasa kami alukan untuk kebaikan bersama.

  - Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan