Isnin, 6 Julai 2015

KEMPEN PENCEGAHAN JENAYAH SEMPENA CUTI PERAYAAN - 'MAKLUM POLIS - RUMAH SELAMAT'.

Menjelang cuti perayaan sempena Hari Raya Aidilfitri nanti, ramailah yang akan bercuti panjang untuk pulang ke kampung halaman. Untuk lebih rasa selamat ketika meninggalkan rumah nanti, warga penduduk Taman Warisan dinasihatkan menggunakan  perkhidmatan "Maklum Polis - Rumah Selamat", satu inisiatif di bawah "Community Policing" (COPS) oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).




Sempena cuti perayaan ini, COPS bekerjasama dengan PDRM dengan melancarkan Kempen Pencegahan Jenayah Pecah Rumah dan Curi Kenderaan Sempena Musim Perayaan. Kempen yang dinamakan "Maklum Polis - Rumah Selamat" ini boleh dipohon secara online melalui laman web Community Policing dan boleh buat pilihan samada untuk Mengisi Borang Secara Online ataupun Muat Turun Borang di laman web Community Policing

In Sya Allah kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1436H/2015M  pada 17 Julai 2015 (Jumaat). Sehubungan dengan itu Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H/ 2015M dan Maaf Zahir Batin kepada semua penduduk Taman Warisan.

Kepada penduduk yang akan balik kampung untuk berhari raya bersama keluarga dinasihatkan supaya berhati-hati di jalanraya. Patuhi undang-undang lalu lintas, supaya  selamat. Kami semua mendoakan keselamatan anda semua semoga selamat pulang dan selamat kembali. Jangan lupa sertai kempen Pencegahan Jenayah Sempena Cuti Perayaan : "Maklum Polis - Rumah Selamat"..
 

- Pengerusi PPTW
  Borang 'Maklum Polis - Rumah Selamat' telah diedarkan kepada semua ahli.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan