Sabtu, 15 Julai 2017

MALAM KEEMPAT (14 JULAI 2017) : MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM MARHABAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1438H/2017M, TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT.


Alhamdulillah, marilah kita bersama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua Program Marhaban dan Majlis Penutup Marhaban Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1438H/2017M yang dirancang berjalan dengan jayanya. 

Kunjungan Marhaban dari rumah ke rumah, yang mana acara kemuncaknya pada hari Jumaat (malam Sabtu) 14 Julai 2017 di Jalan Warisan 3 & 4, Taman Warisan. Pada malam keempat  ini sebanyak 12 buah rumah telah dapat dikunjungi di Jalan Warisan 3 & 4. Tahun ini giliran warga Jalan Warisan 3 & 4  mengendalikan Majlis Penutupan Program Marhaban Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1438H/2017M. 

Program ini bertujuan untuk menyuburkan rasa cinta dan kasih sayang di kalangan kariah Taman Warisan dan menzahirkan syiar Islam, di samping menguatkan semangat perpaduan dan silaturrahim sesama warga Taman Warisan Perserai, Batu Pahat, Johor.

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada warga Taman Warisan kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis tersebut. 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang, samada sumbangan berbentuk wang ringgit mahupun peralatan dan barang keperluan. Kutipan Tabung Marhaban Sambutan Aidil Fitri Pertubuhan Penduduk Taman Warisan bagi tahun 1438H/2017M berjumlah  RM 900.

Sekalung tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan Program Marhaban dan Majlis Penutupan Marhaban Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat, Johor.

Agenda Majlis Penutup Marhaban PPTW 1438H/2017M (10.30 Malam)  :
  • Jamuan Hari Raya
  • Ucapan Aluan Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan
  • Pengisytiharan Kutipan Tabung Marhaban 1438H/2017M
  • Cabutan Nama Bertuah 
  • Bacaan Doa oleh Tn. Hj. Mazlan bin Saman (Tuan Imam Masjid Jamek Ar-Raudhah Peserai, Batu Pahat)
  • Bersurai 


Ucapan Aluan En. Mohd Daud Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan







Tiada ulasan:

Catat Ulasan