MALAM PERTAMA (10 JULAI 2017) : MAJLIS 'BARAAN' MARHABAN PROGRAM SAMBUTAN AIDILFITRI 1438H/2017M, TAMAN WARISAN PESERAI, BATU PAHAT.
Alhamdulillah,
 marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang 
Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan 
luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan dan kecemerlangan 
diri. Majlis "Baraan' Program  Marhaban Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 
1438H/2017M yang dirancang berjalan dengan jayanya. Bermula pada 10 
Julai 2017 bersamaan 16 Syawal 10438H (Isnin) dengan warga Jalan Warisan 2
 menjadi tuan rumah pada malam pertama. Syukur dan puji-pujian kepada 
Allah, majlis malam pertama sungguh meriah, ceria dan penuh ukhwah. Pada
 malam pertama ini sebanyak 8 buah rumah telah dikunjungi.
Terima kasih diucapakan kepada En. Zulkifli bin Atan (JPP, ADUN Semerah) kerana sudi hadir dalam majlis tersebut.
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan