Assalamu'alaikum Wr. Wb.
Dengan    penuh kesyukuran kehadrat Allah S.W.T,  sukacitanya dimaklumkan  Hari Kejiranan 2012 Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat : Gotong Royong Perdana Cegah Denggi dan Kempen Kitar Semula  akan diadakan seperti  ketentuan  berikut :
TARIKH   :   04 MAC 2012 (AHAD)
MASA     :   09.00 PAGI
TEMPAT  :   SELURUH KAWASAN TAMAN WARISAN  PESERAI, BATU PAHAT.  
Aktiviti program tersebut :
- Meracun rumput dan lalang bersebelahan lorong Warisan 4, 5, 6 dan 7 (Aktiviti kaum bapa)
 - Mencantas pokok teduhan di kawasan taman permainan (Aktiviti kaum bapa).
 - Membersihkan sampah sarap sepanjang lorong utama dan lorong masing-masaing (aktiviti kaum ibu)
 - Membersihkan longkang di bahagian hadapan dan belakang rumah (Aktiviti kaum ibu)
 - KEMPEN KITAR SEMULA bahan terpakai / terbuang seperti kertas surat khabar, barang plastik dan besi (Aktiviti anak-anak ahli. Barangan tersebut akan dikumpulkan di kawasan Taman Permainan dan akan dijual kepada peraih dan hasil jualannya akan disimpan dalam tabung pertubuhan ini)
 - Jamuan tengah hari (Nasi ambang / di rumah Imam Hj. Mazlan) dan bersurai.
 
Sekian. Terima kasih.
Batu Pahat, Johor.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan