Kejahilan dan kedangkalan untuk tidak mendalami ilmu agama boleh  menyebabkan seseorang itu terikut-ikut dengan tindakan, penerampilan  cara hidup orang kafir.
Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang  Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh  mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk  gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya  sebagai satu kaedah perubatan terkini.
Hakikatnya banyak cara lain yang boleh di gunakan, tetapi kerana  memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim,  maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat  oleh Allah s.w.t., apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang  kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.
Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan kesihatan, telah  ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w .: Hadis Imran bin Hussein r.a.,  bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang  lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda  bertanya kepada lelaki berkenaan.
“Apakah bendanya ini”?Lelaki itu berkata,”Ia adalah gelang perubatan”. Rasullulalah bersabda,”Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa(faedah wlpun utk tujuan perubatan),buangkan benda itu drp. diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya.” (Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad)
Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz-ustaz,  pegawai-pegawai kerajaan, menteri-menteri dan lain-lain. Maka  sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang  mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam.
Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai  hadiah orang yang baru balik dari Mekah. Sekarang ini dibenarkan oleh  Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya  faktor mudah di kenali atau sebarang kes hilang , kemalangan dsb.
Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki:-
1) Gelang Kayu koka
2) Gelang Kristal
3) Gelang Tasbih
4) Gelang Getah plastik
5) Gelang Besi magnet
6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)
1) Gelang Kayu koka
2) Gelang Kristal
3) Gelang Tasbih
4) Gelang Getah plastik
5) Gelang Besi magnet
6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)
Jenis-jenis gelang yang diharuskan:-
1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.
1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.
Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan ini.
wallhualam.
Sumber : Ustaz Zainuddin Hashim


Tiada ulasan:
Catat Ulasan