Rabu, 21 Mac 2012

MESYUARAT AGUNG PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN BATU PAHAT KALI KE-3 TAHUN 2012





Assalamu'alaikum Wr. Wb.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat, Johor, kali ke-3 akan diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 25 Mac 2012 (Ahad)
Masa : 2.30 petang.
Tempat : Dewan Muafakat SK Peserai, Batu Pahat.
Perasmi : Tn. Hj. Mohamed Yusof bin Abu Bakar, 

                (Penghulu Mukim 3 Peserai, Batu Pahat)
 

Semua penduduk dijemput hadir ke Mesyuarat Agung tersebut. Sehubungan dengan itu, Tuan/Puan juga diminta mengemukakan sebarang usul atau cadangan yang membina demi menjana kemajuan pertubuhnan ini untuk dibahaskan dalam Mesyurat Agung tersebut. 

Semoga kehadiran tuan/puan akan menyemarakkan lagi permuafakatan di antara penduduk dan ke arah kesejahteraan taman kita, disamping memperkukuhkan peranan pertubuhan  penduduk dalam pembentukan keharmonian penduduk.


Agenda majlis seperti berikut : 

2.00 petang       :     Pendaftaran
2.30 petang       :         - Mesyuarat Agung Pertubuhan Penduduk Taman Warisan Kali Ke-3
                                    (Tiada Pemilihan AJK)
                                  - Cabutan nama bertuah
4.30 petang                 - Jamuan & Bersurai
                             
Sekian, terima kasih.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum Wr. Wb.
    Tahniah kepada Pertubuhan Penduduk Taman Warisan kerana berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Pertubuhan Penduduk Taman Warisan Kali Ke-3. Teruskan memperbanyakan aktiviti dan program ke arah kesejahteraan, keharmoian, keindahan dan kekuatan ukhwah penduduk Taman Warisan.
    Tahniah juga kepada barisan AJK.

    - Penduduk Taman Warisan.

    BalasPadam