Ahad, 18 Disember 2011

10,000 LANGKAH SEHARI

Assalamu'alaiku Wr. Wb. Warga Taman Warisan,
Renung, renungkan .....




Aktiviti berjalan kaki sebanyak 10,000 langkah setiap hari boleh membantu seseorang untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit berbahaya seperti diabetes dan tekanan darah tinggi.


Timbalan Pengarah Hospital Sultanah Aminah (HSA), Dr. Rahim Abdul Rahman berkata, berdasarkan kajian yang dilakukan, aktiviti berjalan kaki merupakan senaman terbaik dan mudah bagi golongan yang sentiasa sibuk dengan aktiviti harian. Katanya, dengan berjalan sebanyak 10,000 langkah setiap hari seseorang itu diibaratkan melakukan beberapa senaman seperti berbasikal, berenang dan beberapa aktiviti kecergasan lain.


‘‘Senaman ini adalah mudah untuk dilakukan dan menjimatkan kerana ia boleh dilakukan di mana sahaja tanpa mengira waktu.

 ‘‘Sekiranya ia dilakukan secara konsisten, seseorang itu mampu mengekalkan berat badan ideal di samping dapat mengurangkan risiko penyakit berbahaya,” katanya.

 Sasaran 10,000 langkah sehari boleh memberi banyak faedah kepada kita semua. Antaranya, dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, mengurangkan risiko penyakit diabetes, mengurangkan risiko osteoporosis, mengurangkan kanser usus besar, payudara dan prostat, menurunkan paras kolesterol dalam darah, mengawal tekanan darah, membantu mengawal berat badan dan juga dapat mengurangkan stres.

Ingin dikongsikan sedikit fakta berjalan 10,000 langkah;
  • Berjalan 10,000 langkah bersamaan 6 hingga 8 kilometer perjalanan tanpa henti, dan
  • 1 kilometer secara puratanya bersamaan 1,200 langkah. 

    10:57


    Amallah doa sihat badan daripada Al-Quran 10:57,
    Insya'Allah kita akan jadi sihat.

    -Pengerusi (Biro Pendidikan),
    Pertubuhan Penduduk Taman Warisan.  

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan