Ahad, 4 Disember 2011

MESYUARAT AGUNG KALI KE-2






Pada 9 Oktober 2011 (Ahad) yang lalu Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai,  Batu Pahat telah mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-2, bertempat di Dewan Terbuka SK Peserai, Batu Pahat. Mesyuarat Agung ini bermula pada jam 2.00 petang. Seramai 44 orang ahli pertubuhan telah hadir dalam mesyuarat tersebut.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada ahli yang hadir dan juga kepada Tuan Hj. Sarkawi bin Hj. Satu, Guru Besar SK Peserai kerana membenarkan pihak pertubuhan penduduk Taman Warisan menggunakan Dewan Terbuka sekolah tersebut. 

Tahniah diucapkan kepada yang terpilih sebagai AJK untuk sesi 2011/2013 semasa Mesyuarat Agung Kali Ke-2 yang lalu. Semoga dapat menjalankan tugas dengan penuh 
komitmen. Muafakat membawa berkat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan