Buat kali pertama ruangan khas ini ditujukan untuk remaja iaitu anak-anak remaja kita, dan juga untuk ibu bapa khususnya yang mempunyai anak remaja.
REMAJA selalu bertanya apakah salah kami bercinta? Jawapannya tidak salah. Bercinta memang tidak salah justeru ia adalah fitrah tabi'e yang Allah kurniakan kepada setiap insan. Ingin cinta dan dicintai adalah naluri setiap manusia. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta itu fitrah, tentulah tidak salah untuk merasai dan menikmatinya. Jika salah masakan Allah mengurniakan rasa cinta? Allah maha mengetahui, Maha Pengasih dan Maha Penyayang, dikurnikanNya rasa cinta pasti ada maksud dan tujuan.
Namun Allah  tidak mengurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Justeru, DIA  juga telah mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaannya.  Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh manusia, khusus para remaja. Kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan  hubungan cinta. Di sinilah berlakunya 'cinta terlarang', yakni cinta  yang menafikan prinsip dan melanggar peraturan dari Allah.
Ketika  itu fitrah akan bertukar menjadi fitnah. Bila kehendak tabi'e tidak  disalurkan atau diisi mengikut peraturan Allah, berlakulah kekalutan dan  kemusnahan. Jadi janganlah kita hanya mengakui cinta itu  dari Allah,  tetapi akuilah juga adanya peraturan cinta yang juga datang dari Allah.
- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
Batu Pahat, Johor.
- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
Batu Pahat, Johor.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan