Khamis, 8 Disember 2011

PENDAFTARAN KEAHLIAN DAN YURAN PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN


Assalamu'alaikum warahamatullahi wabarakatuh,

Pertubuhan Penduduk Taman Warisan telah mengedarkan surat peringatan bertarikh 29 November 2011 kepada semua penduduk Taman Warisan berhubung dengan Pendaftaran Keahlian dan Yuran.

Diharap dapatlah kerjasama daripada tuan/puan penduduk Taman Warisan mengembalikan borang Pendaftaran Keahlian dan Pembayaran Yuran yang  lengkap berserta pembayaran selewat-lewatnya pada 31 Disember 2011.

Sekiranya ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan boleh berhubung dengan Pengerusi, Bendahari atau Setiausaha Pertubuhan Penduduk untuk penjelasan. Pertanyaan juga boleh dibuat melalui email  : tamanwarisanbatupahat@yahoo.com

Terima kasih.

- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan